PENGENALAN
Profesion perguruan pada masa kini semakin mencabar dan kerelevanannya semakin dipersoalkan. Kurikulum dan pedagogi perlu berubah dan sekolah sentiasa perlu mencari jalan untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelbagai aspek.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.
CABARAN PROFESIONALISME
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI GURU
1) Cabaran dalam Sistem Pendidikan
Seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.
Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.
3) Cabaran di dalam bilik darjah
Antara cabaran profesion guru di sekolah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
4) Cabaran dalam Masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
5) Cabaran berasaskan wawasan 2020
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni
6) Cabaran Globalisasi
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).
RUMUSAN CABARAN PROFESION KEGURUAN
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.
Guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dari segi strategi,peraturan,
pengawalan dan penilaian.
Kecekapan mengurus banyak bergantung kepada strategi-strategi yang berkesan dan
digunakan bukan sahaja sebagai mekanisme pengawalan tetapi juga untuk membawa
perubahan dan perkembangan positif terhadap perkembangan professionalisme guru.

•Sekolah Berkualiti •Pengurusan perubahan
•Perubahan dalam pendidikan • Pembestarian pendidikan
• Globalisasi pendidikan

No comments:
Post a Comment